Saturday, July 6, 2013

[GLA Complex] Set Kesuburan Shaklee

Salam...
Saya nk share antara vitamin yang terdapat dalam set kesuburan Shaklee ini.
Vitamin kesuburan ni klau diamalkan oleh 2 belah pihak, InsyaAllah berhasil, yg mana salah satu nya adalah GLA.
Hmm..ade yg amalkan GLA je pon dah hamil.....nanti baca testi kat bwh ye.
Sekarang kita tgk apa yg dicadangkan utk pasangan yg ingin hamil dan bagaimana ia dapat meningkatkan tahap kesuburan kita.

Set Kesuburan Shaklee

Set kesuburan shaklee untuk wanita mengandungi ESP, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfafa dan GLA Complex, manakala untuk lelaki mengandungi ESP, VitaLea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E dan Zink.

Vitamin Asas (Family Wellness Set) 

ESP, VitaLea, B-Complex dan Vitamin C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

1. Energizing Soy Protein (ESP)

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. VitaLea 

Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

3. Vitamin C 

Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

4. B-Complex 

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Vitamin Kesuburan

5. Vitamin E & Selenium 

Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6. Zink

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

7. Alfalfa Complex 

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex 

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Ini adalah antara vitamin atau supplemen yang disarankan untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, di samping meningkatkan tahap kesihatan kedua-dua suami dan isteri.
(kredit to cikjatt)

Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Allah S.W.T yang menentukan .Yang penting, jangan berputus asa untuk berusaha dan berdoa kepada Allah untuk dikurniakan cahayamata. InsyaAllah....

Opppss..Lupa.Testimoni pengguna GLA utk hamil. Heheh..


Ok.Itu sahaja...
Klau sesape berminat bleh contact saya.

 Shaklee Independent Distibutor
Nik  (ID :958581)
COD area Seremban & Pos ke seluruh negara
Bleh sms/whatssup : 019-752 3550





Tips Untuk Hamil

Salam...
Disini nak share tips2 untuk hamil. Kredit to cikjatt.

11 Tips untuk Hamil dengan Cepat

1. Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa Doktor Anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan Berat Badan yang Ideal

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui Waktu Subur Anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan Seks Yang Lebih Kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan Kesuburan Suami

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil Multivitamin

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam Secara Rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil Makanan yang Seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera) 
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging. 
  • Makan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats. 
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya. 
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese
10. Kurangkan Tekanan

Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak 
  • Bersenam 
  • Mendengar muzik 
  • Membaca dan mendengar audiobooks 
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri 
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga 
  • Beromantik dengan suami 
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras

Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Kenali Asid Amino Dan Faedahnya

Salam semua..
Ambil peluang malam ni nk tulis pasal asid amino, iaitu salah satu komponen penting dlm ESP.
Seperti yg kita ketahui drp entry2 yg lepas ESP mengandungi 9 jenis asid amino yg baik yg xdapat dihasilkan oleh badan secara semulajadi. Asid amino ni ade 2 jenis, iaitu asid amino perlu dan asid amino xperlu.
So, mari kite baca apakah jenis2 asid amino itu. Saya google jumpa 7 jenis je bersama dgn fungsinya skali..Ok la kan..At least dapat share utk pengetahuan bersama.

Apa itu asid amino ?
  
Asid amino adalah unit terkecil dari protein dan boleh ditakrifkan sebagai suatu molekul organik yang terdiri daripada asid karboksilik amina dan kumpulan-kumpulan berfungsi asid amino terdiri daripada nitrogen, karbon, oksigen, dan hidrogen molekul.

Asid amino perlu, juga disebut mengehadkan asid amino, asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam tubuh kita dan harus diperolehi daripada sumber makanan. Terdapat 8 asid amino utama.

Fungsi asid amino

•Asid amino merupakan komponen utama dalam pelbagai metabolisma. Walaupun ia terdiri daripada pelbagai jenis metabolisma tetapi dikategorikan sebagai fungsi daripada asid amino kerana ia merupakan sebahagian daripada pusat kompleks dan sistem biologi

•Fungsi dan penggunaan asid amino lain bergantung pada asid-asid amino, unsur-unsur mineral, karbohidrat dan asid lemak dan mempunyai kesan tidak langsung yang dimanifestasikan dalam pelbagai metabolisma.

Terdapat 7 asid amino utama :

a) Tryptophan

Diperlukan untuk sintesis neurotransmitter serotonin. Ini membantu meringankan migrain dan kemurungan. (Makanan sumber triptofan)

b) Valine

•Penting untuk pembinaan otot.
•Kesan sampingan kandungan valine dalam tubuh termasuk halusinasi.
•kelebihan valine pertumbuhan normal, memperbaiki rangkaian, mengatur kandungan gula darah, dan memberikan tenaga kepada tubuh.
•Valin membantu merangsang sistem saraf pusat, dan diperlukan untuk fungsi mental yang normal

c) Isoleucine
  • Diperlukan untuk sintesis hemoglobin, unsur utama sel darah merah.
d) Leucine

Bermanfaat untuk kulit, tulang dan rangkaian penyembuhan luka. Ini mendorong hormon pertumbuhan sintesis.

e) Lysine
  • diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada anak-anak, membantu dalam penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen yang penting dalam tubuh, menghasilkan antibodi, hormon, enzim, pembentukan kolagen serta pembaikan rangkaian.
  • Lisin juga membantu tubuh menyerap kalsium, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, suatu zat yang penting untuk tulang dan rangkaian, termasuk kulit, tendon, dan tulang rawan
f) Methionine
  • Merupakan antioksidan. Ini membantu dalam pemecahan lemak dan membantu mengurangkan degenerasi otot. Ini juga baik untuk kesihatan kulit dan kuku.
g) Phenylalanine
  • Bermanfaat bagi kesihatan sistem saraf. Ia meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan nafsu makan.
ASID AMINO TAK PERLU

Asid amino tak perlu ialah asid amino yang dapat dihasilkan dalam tubuh kita. Kegunaan dan fungsi nya dalam tubuh sama pentingnya dengan mengehadkan asid amino. Perbezaannya ialah jenis asid amino boleh ditemui dalam makanan kita.

Terdapat 12 jenis asid amino tak perlu iaitu :

a)Alanine

•Menghapus zat-zat beracun yang dilepaskan daripada pemecahan protein otot ketika latihan intensif.
•Kesan sampingan: Alanine berlebihan di dalam tubuh berkaitan kelelahan kronik.
•Sumber haiwan : daging, makanan laut, telur, ikan, hasil tenusu
•Sumber sayuran : kacang, soya, jagung

b)Cysteine

•Komponen jenis protein berkumpul di kuku, kulit dan rambut. Berfungsi sebagai antioksidan , dan mempunyai kesan sinergis bila diambil dengan antioksidan lain seperti vitamin E dan selenium.
•Sumber haiwan : daging babi, ayam, susu, sosej daging, telur, yogurt
•Sumber sayuran : bawang putih, gandum, bawang, oat

c)Cystine

•Sama seperti Cysteine, itu membantu dalam pembuangan racun dan pembentukan kulit.

d)Glutathione
  • Merupakan antioksidan dan mempunyai kesan anti-penuaan yang berguna untuk menghilangkan racun.
e)Glutamine

•Meningkatkan fungsi otak yang sihat. Hal ini juga diperlukan untuk sintesis molekul RNA dan DNA.
•RNA ini hampir sama dengan DNA, tetapi berbeza dalam beberapa struktur penting: di dalam sel, biasanya RNA berantai tunggal, sementara biasanya DNA berantai ganda; RNA nukleotida DNA mengandungi ribosa sementara mengandungi deoksiribosa (sejenis ribosa yang tidak mempunyai satu atom oksigen); dan RNA mempunyai asas dan bukan urasil timina yang terdapat dalam DNA.

f)Glycine

•Komponen kulit dan bermanfaat untuk penyembuhan luka. Berfungsi sebagai neurotransmitter.
•Kesan sampingan dari peringkat kualiti glisin dalam tubuh adalah boleh menyebabkan kepenatan

g)Serine

•Penting untuk membolehkan otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik. Selanjutnya, serine meningkatkan sistem imunisasi tubuh yang sihat dengan membantu penghasilan antibodi.
•komponen semua membran sel.
•agen untuk penghasilan seperti asid amino glysine, Cystein, dan triptofan. Triptofan, diperlukan untuk sintesis serotonin dan fungsi neurotransmiter, dikenali untuk membantu menghilangkan stres, kegelisahan dan kemurungan.
•Kekurangan serine: Simpton kekurangan serine ialah lambat dalam perkembangan kemahiran kognitif dan fizikal (psikomotor keterbelakangan), kekejangan dan microcephaly.
•Microcephaly merujuk kepada keadaan kesihatan di mana saiz kepala lebih kecil daripada saiz normal dan disebabkan oleh tumbesaran otak.

h)Taurine

•Diperlukan untuk fungsi otak yang normal dan sintesis asid amino. Hal ini penting dalam asimilasi nutrisi mineral seperti magnesium, kalsium dan kalium

i)Asparagine

•Ini membantu menyediakan keseimbangan dalam sistem saraf pusat-bantu dalam keadaan menyeimbangkan emosi.
•Sumber haiwan: susu, daging lembu, , telur, ikan, laktoalbumin, makanan laut
•Sumber tumbuhan: asparagus, kentang, kekacang,bijian, soya

j)Aspartic acid

•Meningkatkan stamina, membantu dalam pembuangan racun dan amonia dari tubuh, dan bermanfaat dalam sintesis protein yang terlibat dalam sistem imuniti.
•Sumber haiwan : sosej daging
•Sumber tumbuhan :oat, avokado, asparagus, tebu muda
•Suplemen diet : baik sebagai asid aspartat atau garam

k)Proline

•Memainkan peranan dalam isyarat intraselular

l)L-arginine

•Memainkan peranan penting dalam relaksasi pembuluh darah, merangsang dan mempertahankan ereksi pada lelaki, pengeluaran ejakulasi, dan menyingkirkan ammonia berlebihan dari tubuh.
•Sumber haiwan: produk susu (misalnya keju, susu, yogurt), daging lembu, daging babi (misalnya bacon, ham), unggas
•makanan laut (misalnya lobster, salmon, udang, siput, tuna)
•sumber sayur : gandum dan tepung, oatmeal, kacang tanah, kekacang (kelapa, kacang mete, walnut, almond, kacang Brazil, hazelnut, pinenuts), biji-bijian (labu, bijan, bunga matahari), kacang polong, soya

m) Tyrosine

•Merupakan precursor dopamine; iaitu neurotransmitter yang berlaku pelbagai spesies haiwan termasuk vertebrata dan invertebrata, noradrenalina; hormone yang dirembeskan oleh sel saraf dan adrenalin.
•Dapat meningkatkan mood positif dan juga antioksidan

Ini adalah 9 kandungan asid amino baik yg terdapat dlm ESP

OK. Itu saja yg dapat dikongsikan ttg asid amino yg mana 9 asid amino yg baik utk tubuh kita ada terkandung dlm ESP. SO, ape lagi..ayuh le try ESP. Saya dah try dah ni..Dah 2 hari.HEHEHE...
Sekian..Wassalam...

Friday, July 5, 2013

[ESP] Kepentingan ESP Untuk Ibu Menyusu

Wahhh...Banyak plak entry hari ni. Ni nak citer pasal kebaikan ESP untuk ibu yang menyusukan.

ESP ini sudah sememangnya terkenal di kalangan ibu2 yg menyusukan anak. Pengambilan ESP sangat dicadangkan oleh saya kerana ESP mengandungi protein dan kalsium yg sgt penting semasa dalam proses menyusukan anak

Antara Kelebihan ESP untuk ibu menyusu adalah:

1. Membantu susu ibu supaya menjadi lebih pekat berkrim dan dapat memberi kekenyangan yg lama pada si manja anda dan bayi tidak akan berjaga dgn kerap

2. Untuk ibu2 yg baru dalam penyusuan anak mungkin agak sukar pada mulanya, kekadang ada yg xkeluar susu pada hari pertama mereka melahirkan jadi dicadangkan utk minum ESP semasa anda hamil lg dan selepas melahirkan terus susukan anak anda supaya rangsangan pada payudara anda cepat terhasil. ESP juga akan membantu dalam proses rangsangan ini supaya susu cepat keluar

3. ESP juga dikenali sbg energy booster, biasa ibu2 yg menyusu badan mengalami proses berjaga mlm yg lebih kerap, kekadang sampai 1 jam sekali bayi bangun utk menyusu. Tanpa supplemen badan akan terasa lesu dan mengantuk keesokan harinya. Dengan mengamalkan ESP, anda akan kekal bertenaga sepanjang hari. Apabila badan kita bertenaga dan tidak lesu, proses pengepaman akan lebih lancar, cuba bayangkan kalau tgh penat n mengantuk sure susu merundum punya

4. Ibu2 yg menyusu badan ni biasanya cepat lapar dan agak susah nak turunkan berat pada mulanya. Pengambilan ESP pada waktu pg sblm sarapan akan membantu memberi rasa kenyang yg lama tanpa perlu mkn ubat-ubatan yg akan mengganggu penghasilan susu malah InsyAllah susu lebih meriah dan byk, yg penting selain dr ESP minum byk air sekurang2nya 2 liter sehari

InsyaAllah, untuk ibu2 menyusu, kalau diamalkan ESP sahaja atau ESP+Alfalfa, dengan izin Allah susu anda bleh jadi mcm ni.
Ianya memang terbukti.

Sekian.Wassalam

Thursday, July 4, 2013

[ESP]Lagi kelebihan ESP

Salam.
Hari ni, Nik nak bercerita lagi tentang kelebihan kandungan yang ada dalam ESP.
Kita tengok apa kelebihan protin itu sendiri.

PROTEIN ADALAH MAKANAN TERPENTING UNTUK TUBUH MANUSIA.
Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru.

So, apa kebaikan protein yang terkandung dalam ESP ni ?
Protein dalam ESP ni, merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasaskan tumbuh- tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan TERBUKTI SECARA KLINIKAL dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, di samping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna.

 ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

Kelebihan ESP dalam menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri, membantu hilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan, menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

Pengambilan ESP bersama suplemen-suplemen lain amat membantu dalam meng'optimum'kan kadar penyerapan nutrien suplemen-suplemen tersebut ke dalam tubuh kita .. senang kata, kesan pengambilan vitamin/mineral akan lebih efektif bersama pengambilan ESP.

Sekian.

Wednesday, July 3, 2013

[GLA Complex] Kebaikan GLA Complex

Salam semua...
Punya la take time nak menulis sesuatu yg bermanfaat ni. Siang hari tadi kat opis line xclear so, xleh nak share la. Ok, apa yg nak di share malam ni?
Malam ni nak share pasal satu lagi vitamin yg hebat daripada Shaklee iaitu GLA Complex.
*************************************************************
GLA COMPLEX


Camni rupa GLA Complex ni

Jom tengok apa kandungan yg terdapat dalam GLA Complex Shaklee ini.
GLA atau nama panjangnya - gamma linolenic acid membantu badan kita untuk membina prostaglandins -sejenis hormon yang membantu untuk menstabilkan proses badan seperti peredaran yang sihat & perlindungan dinding arteri.
Minyak Borage, - mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding Evening Primrose Oil dan mudah diserap boleh badan
Minyak Biji Matahari - salah satu sumber asid lemak Omega-6
Vitamin E semulajadi - yang membantu untuk melindung dinding arteri dan menyokong sistem imunisasi denga cara menyeimbangkan integriti sel.

Antara kebaikan GLA Complex adalah:
· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.


GLA Complex ni boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini adalah kerana ia mengandungi vitamin E semulajadi asli.

Cukup dulu utk malam ni.Adik Sooffiyyah dah merengek2 ajak tido.Nati sambung lagi pasal kebaikan2 lain GLA ni.

Opppsss....Lupa nk bagitau, sekrang bulan Julai 2013 tengah ade promosi dari Shaklee.Beli 6 Percuma 1.Berbaloi2....
K. dah.Wassalam.....

Tuesday, July 2, 2013

Produk Shaklee-ESP

Salam semua....
Baru lps tgk bola sambil2.Kelate lawan JDT utk Piala FA, dan seperti yg dijangkakan Kelate menang 1-0.
Lain kali JDT boleh cuba lagi yeaa...
*******************************************************
Malam ni nak menulis pasal produk Shaklee secara satu persatu.
Kena la berkenalan kan untuk melahirkan rasa suka dan cinta.

Produk yg mula2 Nik nk perkenalkan adalah Energising Soy Protien atau ESP. Ini adalah salah satu produk yg paling menjadi kegemaran dan di yakini dan terbukti keberkesanannya. Jom tengok camne rupa dia.
 
ESP
Antara kelebihan ESP adalah:
♥ Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
♥ Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
♥ Membekalkan tenaga,
♥ Memberikan rasa kenyang
♥ Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
♥ Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
♥ Membanyakkan susu badan (milkbooster)
♥ Membantu mengekalkan kepejalan otot
♥ Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
♥ mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

Beza ESP dan soya biasa
Berikut adalah 7 perkara yang membezakan ESP dan soya biasa:

7 KRITERIA PENTING ESP :

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
**kredit to sgl

OK.Dah cerita dan share info sedikit pasal ESP ni. Nanti lepas ni Nik akan share camna nak guna ESP ni untuk mendapatkan kelebihan2 seperti yg disenaraikan kat atas tu..K.Wassalam